Tuesday, January 24, 2012

MAKLUMAN TEMUDUGA ZAKAT MAIJ SESI 2011 / 2012 (TERKINI)


Assalamualikum.

Kepada semua pelajar Johor yang layak menghadiri temuduga zakat MAIJ sesi 2011 / 2012,anda semua MESTI membawa passport,sijil-sijil (kelulusan peperiksaan,kokorikulum dan lain-lain) sama ada asli atau salinan yang telah di sahkan.Sesiapa yang tidak dapat kemukakan sijil,sila tulis surat serta nyatakan sebab-sebabnya dan dibawa pada hari temuduga.

Sekian.

Saturday, January 7, 2012

TEMUDUGA PERMOHONAN ZAKAT SESI 2011 / 2012


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته,
Kepada,

SENARAI NAMA PELAJAR YANG BERKENAAN

Tuan / Puan,

TEMUDUGA PERMOHONAN ZAKAT SESI 2011 / 2012

Berhubung perkara diatas adalah dengan ini dirujuk.

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAIJ) akan mengadakan temuduga biasiswa dan pinjaman bagi bantuan pelajaran Majlis Agama Islam Negeri Johor.Maklumat temuduga adalah seperti berikut :

BIL
PERKARA
TARIKH / HARI
MASA
TEMPAT
1
Pelajar Pengajian Islam tahun 1 dan pelajar Qiraat
24 Januari 2012
(selasa)
9.30 pagi – 2.30 petang
Dewan Rumah Johor Rabaah
2
Pelajar Pengajian Islam tahun 3 dan 4
25 Januari 2012
(rabu)
9.30 pagi – 2.30 petang
Dewan Rumah Johor Rabaah
3
Pelajar Perubatan
(permohonan baru)
29 Januari 2012
(ahad)
9.30 pagi – 2.30 petang
Dewan Rumah Johor Rabaah
4
Pelajar Perubatan
(rayuan)
30 Januari 2012
(isnin)
9.30 pagi – 2.30 petang
Dewan Rumah Johor Rabaah

3.         Senarai nama yang dipanggil untuk temuduga sebagaimana lampiran dibawah. Semua pelajar yang tersenarai MESTI menghadirkan diri pada hari temuduga dan hendaklah membawa passport,sijil yang berkenaan serta berpakaian kemas.Ketidak hadiran dalam temuduga tanpa sebab adalah dianggap gagal.

Sekian,wassalam.  

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


(HJ. MUHAMMAD HUSNI TAMRIN BIN MD. SHARIF)
Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor,
Republik Arab Mesir.














MAKLUMAN TERBARU TEMUDUGA ZAKAT MAIJ 2011 / 2012


1) Bagi pelajar perubatan(permohonan baru) tarikh temuduga di tunda dari 26 Januari 2012 kepada 29 Januari 2012 (hari ahad ,masa 9.30 pagi di Dewan Rumah Johor Rabaah)

2) Bagi pelajar perubatan yang telah ditemuduga pada Disember 2010 sesi 2010 / 2011 (rayuan) anda di minta mengisi semula borang  zakat.Borang boleh di dapati di box pejabat dan dihantar segera melalui online di email (hep_johor@yahoo.com) pada atau sebelum 19 Januari 2012 (khamis). Sila semak nama anda di box pejabat.Tarikh temuduga akan diadakan pada 30 Januari 2012 (hari isnin,masa 9.30 pagi di Dewan Rumah Johor Rabaah)

3) Tarikh permohonan zakat sesi 2011 /2012 telah ditutup.

4) Bagi pelajar pengajian Islam tahun 2,3 dan 4 sesi 2011 / 2012 (sambungan) pihak MAIJ akan menguruskan bagi pembayaran bantuan pelajaran dan tidak perlu menghadiri temuduga semula.

5) Temuduga yang akan diadakan ini untuk permohonan baru sahaja yang BELUM PERNAH mendapat bantuan pelajaran dari MAIJ. 

6) Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ustaz Firdaus ditalian (011-7970487).

Sekian