Tuesday, February 28, 2012

TAMBAHAN HARI UNTUK URUSAN VISA DI BUUTH ISLAMIAH ABBASSIAH



Tarikh:  26 Februari 2012


Kepada:  Semua Ketua Agensi Sektor Pendidikan 
              di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah


Tuan/Puan,

Susulan daripada surat saya ruj. SR(081)617/1  bertarikh 22 Februari 2012 mengenai perkara di atas dan sebagai langkah berterusan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar Malaysia di Mesir, sukacita dimaklumkan bahawa TYT Duta Besar dan diiringi oleh dua orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah mengadakan pertemuan dengan General Mohammed Wahbah Ibrahim, Ketua Pengarah Pentadbiran Pasport, Imigresen dan Kewarganegaraan Mesir di bangunan Mugamma Tahrir pada hari ini 26 Februari 2012. Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Colonel. Dr. Mustafa el Adawy, Pengarah Bahagian Visa di Pentadbiran Pasport, Imigresen dan Kewarganegaraan Mesir.  

2.  Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan dan mencari jalan paling sesuai untuk memperbaiki urusan memperbaharui visa oleh para pelajar Malaysia di sekitar Kaherah.  Dalam hal ini, adalah dimaklumkan bahawa pihak Pentadbiran Pasport, Imigresen dan Kewarganegaraan Mesir bersetuju untuk turut menetapkan hari Selasa sebagai hari para pelajar Malaysia berurusan dengan pihak berkuasa Mesir di Buuth Islamiah Abbassiah. 

3.   Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk menghebahkan makluman ini kepada semua para pelajar yang berkenaan. Sila maklumkan kepada Kedutaan sekiranya pihak berkuasa Imigresen  di Buuth Islamiah Abbasiah tidak memberikan perkhidmatan  sewajarnya kepada para pelajar Malaysia. Makluman terbaharu dan perkembangan terkini dalama usaha ini akan disampaikan kepada tuan/puan dari masa ke semasa.  

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Saya yang menurut perintah,

SHAIFUL ANUAR MOHAMMAD
Ketua Canseri
b.p. Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir
Kaherah

HARI UNTUK URUSAN VISA DI BUUTH ISLAMIAH ABBASSIAH


                                                       Klik pada gambar untuk pembesaran